Tuesday, 16 January 2018

Project Myvi : Chrome Lining Bling Bling


Salam semua

Masa offer 12/12/17 aritu aku terrrrrrrrrrrrrbeli benda alah ni. Murah punya pasal. Chrome moulding/lining. Lebar 10mm (1cm) & panjang yg teramat lah panjangnyeee 15m (boleh buat ikat layang2 dah ni). Beberapa minggu lepas barang pun sampai. Perghh setahun tunggu beb. 


Ni barang dia. Sekarang tengok licin dah stok dia. Masyuk btul apek Guangzhou ni bisnes. Satu lagi aku beli yg lebar sikit. 15cm, panjang 2meter. Harga lebih kurang.


Kenapa x berkilat? Sabar tuan2 puan2 sekalian. Moulding ni ade 1 cover plastik kat depan dia. Utk elak calar. Nanti dah tampal baru bukak cover tu.


Moulding ni da siap dengan double tape. Cuma jujur aku cakap pelekat dia x brapa kuat. Masa tampal boleh apply heat (guna hair dryer) atau jemur lepastu. Jgn bagi kena air utk beberapa hari. InsyaAllah dia melekat kuat sekuat anak2 yg bersarapan dengan Milo di pagi hari.

Kat kereta apa kita nak projek harini? Ya tuan2 kat kereta Myvi aka Taliban. (Pesal org panggil taliban der?) Myvi icon 1.3X tahun 2015 ni kereta weekend. Bagi bini pakai and buat bawak anak bini jalan2.

*Nota tangan*
MYVI GUA NI MASUK KELUAR SIMPANG, TUKAR LORONG SEMUA TU PASANG SIGNAL, SALESMAN MEMANG DAH PASANG TUIL SIGNAL KT KERETA SEBELUM KUAR SHOWROOM

Kereta ni mekap2 bagi lawa dah ler. Jangan pulak suruh gua modi stance camber kangkang straight pipe sume tu der. Kesian anak bini takleh tido nanti. Lagipun semua tu kena anta kedai, takleh DIY kan kan kan. (selamatttttt)


Antara tempat yang aku tampal. Moulding yg lebar (lebar 15cm) aku tampal kt grill bahagian atas skali. Korang boleh compare dgn myvi standard gambar bawah tu. Mana satu nampak lawa? Atas lahh. Ah kau, jeles la tu. Tak jd haters tak sah. Pffftt

Satu lg spot aku pasang moulding lebar tu kat cermin belakang, bawah skali sebelum wiper. Tampal tu tekan kuat2 skit la bang. Tangan tu takyah nak makyong sangat.





Lain2 tempat yg aku tampal, kat tepi. Yang ni guna moulding yg x lebar sangat tu (1cm). Mula2 tampal lining kat bawah tingkap. Kat situ aku tampal 2 line. 1 line btul2 kt pintu bwh tingkap, 1 line lagi kat getah dia. Nampak tebal sikit. 1 spot lg aku tampal kt pintu, bahagian bawah. Kalau korang tengok kt myvi icon model 1.5advance kalau x silap, kt situ memang dah chrome dah. utk 1.3 memang takde. Body colour saje. Jadi aku pun tepek sedass bagi nampak acah2 myvi full spec. Tampal dua2 belah tau bagi sama. Karang tampal sebelah je kene viral pulak, kena kecam berjemaah. Pffftt



Selepas selesai, banyak lagi baki ni. Ada dalam 4-5meter lagi Duk pikir mana nak tampal. Kat bumbung? Kat lampu? Kat bonet? Kat tingkap? Atau tampal kt Kancil & motor aku? Ahh nanti aku tengok.

Seelok2nya nk main chrome ni korang kene hati2 la. Chrome kat tempat yg betul dan x tlalu meriah mmbuatkan keta korang nampak VIP executive macamtu. Chrome bsepah2 dan melampau pula menyebabkan kereta korang menjadi  mangsa cacian dan kemurkaan org ramai. Tunggu masa nak kene baling batu je.

Sebenarnya kalau korang jenis yg duit banyak, jenis yang duit gaji 4-5 bulan x berusik lg, ade je seller2 jual barang2 ni. Takpayah tunggu lama2 beli kt lazada macam aku ni. Ada juga yang jual barang chrome dari Sirion Indon, dapat fullset memang meriah makngah kereta ko. Tapi nk buat cemane, bajet ciput. "Mod on budget" bak kata orang Burkina Faso. Kalau korang try survey, lining kat tingkap tu ada org jual jenis yg keras punya. Lagi cun. Tapi awas, kalau korang tampal pakai double tape je senang laa kene rembat. Barang mahal tu. Nak selamat korang rivet terus. Kalau x sanggup rivet tampal gam gajah. Kalau takut juga, korang rivet pastu buh gam gajah. Pfftt

Wassalam


Monday, 15 January 2018

Part 1 : Ronda2 Lazada

Salam

Harini survey2 part kereta motor kat lazada. Terjumpa sebijik Cree U5 harga mampu milik. Untuk yang tak tau, cree ni lampu spotlight jenis projektor. Jenis tembak cahaya. Jadi kalau pasang memang jauh pergi dia. Confirm susah nak kejar. Pfftt

Kenape? Sebabnye moto Modenas GT128 yg lahir tahun 2009 tu, lampu dia makin uzur, makin tak terang. Aku pulak keje start 6pagi, jd pagi2 tu keluar rumah, alam masih gelap, korang pun tengah sedap mimpi lagi. Kalau bawak moto tu senang kata jalan tu  mmg x nampak lubang lah. Silap2 boleh tergolek. Kalau tergolek memang aku report kat Brotherhood. Biar Ayahnda Lando gegar MBSA (aku duk sg buloh, daerah Shah Alam atau Petaling aku pun tak tau lah labuuu)



Hasil usha2 menggunakan wifi rumah, maka tadaaaa. Dapat harga +-RM20 sebiji siap pos. Beli sebijik dulu. Takut bateri moto tak support kalau guna 2. Barang ni dari China. Tapi nk sampai sini mau 3minggu sampai sebulan gak. Mengikut ilmu calculus aku, dalam awal bulan Feb ni sampai la kot.  Tapi takpe, place order dulu. Barang sampai kita run project kt moto GT128 vtecsuperturbokebaboom aku tu. Wachaa.


SPEC CREE U5


LED LIGHT BAR

Sambil2 tu terjumpa pulak led lightbar ni. Angkat jugaaa buat projek kt Kancil dgn Myvi la nanti. Hidup bermadu kena adil broooo. Tapi poket kering la lepastu. Pfffttttt (Mohon bini aku tak baca ni fiuh fiuhh)

Wassalam


INTRODUKSI

Salam semua

Tujuan blog ni adalah cubaan untuk berkongsi cara2 diy maintenance motor & kereta korang kat rumah.

Sesuai kalau korang mcm aku ni yang takde tools complete macam kat workshop. Guna tools basic saje

Apa yang boleh kita buat sendiri kita buat. Tak gitu? Pelan2 kayuh.


Wassalam


*Ilmu milik Allah. Pelan2 kita gali*